Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Abah



Apa fungsi seorang Abah dalam rumah?
Selalunya orang akan kata Ketua Keluarga


Tapi fungsi Abah dlm keluarga naz lain tau. Abah la selalu nya yang akan meneutralkan keadaan dalam umah. ye la, kalo dah anak bini asyik ribut taufan, abah la slalu redakan. Abah gak slalu masak utk kami sekeluarga. Sebab abah mmg suka masak walaupun tak la nak makan sangat. Abah jugak sumber kewangan utama keluarga sejak mak dah bersara. Abah jugak yang selalu tak marah2, tak bebel2.


Dia akan diam, lihat dan bersuara jika perlu. Abah jugak lah yang akan selalu call naz di tgh malam utk bertanya di mana anak nye berada (ni pun lepas mak bebel2), abah juga akan redakan kemarahan naz yg kdg2 meluap luap tak tentu pasal.


Oleh kerana Abah juga la naz akan berfikir 2-3 kali atas tindakan yang dah dibuat atau mahu dibuat. Tak sampai hati rasanya nak luka kan hati Abah. Masih teringat kali pertama naz nak pakai kasut sekolah yang bertali, tetiap pagi Abah yang ikatkan. (naz tak reti ok) Abah belikan roller blade utk naz sbb dia tau naz jeles abang beli roller blade pakai duit sendiri. Sampai satu tahap, Abah belikan kereta utk naz sbb tanak naz terasa hati bila Abah bagi kereta pada abang.


Adik takut nak fikir bagaimana hidup adik kalau tanpa Abah disisi. Adik sayang Abah. Selamat Hari Abah. Moga Abah sihat selalu.

2 comments:

  1. selamat hari abah utk abah naz. :))

    ReplyDelete
  2. sayunya.....jaga Abah elok2 k sementera dia ada.

    good luck cari kerja!

    ReplyDelete